
Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :
1.
Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih
mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka
baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal
pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340
blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang
betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di
blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan
untuk sertai kelas ini.
2.
Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes
online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk.
Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb.
Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50,
RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing).
Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah
sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.
Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang
tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara
blog untuk aliran trafik.
3.
Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara
percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
4.
Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar
menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen,
insya Allah boleh menulis novel.
5.
Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka
yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk
utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan.
Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan
modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.
6.
Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar
mengurus akaun bisnes. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan
permintaan demi permintaan.
Bagaimana
kelas ini dijalankan?
Kelas
berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian).
Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Protege
akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to
one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan
toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.
Jadual
kelas adalah fleksibel, ikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan
dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di
facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin
bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.
Tugasan
yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog
masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk
menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara
online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer
dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada
protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.
Kelas
ini di mana?
Uniknya
kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.
Saya
bekerja tak ada masa?
Disebabkan
tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah
mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.
Saya
tak ada produk.
Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika
sudah ada produk lagi ok.
Berapa
lama boleh pandai? Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat
tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja,
ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah
bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian
boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan
pula.
Apa
lagi yang kami dapat? Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga
dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar
pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di
rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya.
Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.
Kelas
ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak
tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri
bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga
dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Boleh hubungi saya bila sudah sedia.
Pengurus Online : Noor Azzah Mohd Yusof
emel : noorazzahyusof@gmail.com
sms/whatsapp : 012-6343413
fb : Azzah Yusof
fanpage : Azz D'Cempaka Shop
Comments
Post a Comment